CAPE TOWN – Ketika Cape Town berhadapan dengan kemarau yang teruk dalam tempoh satu abad, penduduk dimaklumkan pula akan mengalami gangguan bekalan air paip ke rumah mereka pada 12 April ini – sembilan hari lebih awal daripada jangkaan.

Jika penggunaan tidak dapat dikurangan dengan, penduduk dijangka terpaksa beratur untuk mendapatkan bekalan air secara catuan sebanyak 25 liter sehari.

Bandar yang menjadi tumpuan pelancong setiap tahun itu menguatkuasakan kawalan sisa pepejal yang ketat, juga menguatkuasakan terhadap pemilik rumah yang menggunakan lebih daripada had 50 liter sehari.

Jelasnya, setiap hari penggunaan air melepasi 500 juta liter menyebabkan hari tanpa air semakin hampir.

“Disebabkan penurunan paras empangan sebanyak 1.4 peratus, hari tanpa air mungkin lebih awal pada 12 April ini,” kata Timalan Datuk Bandar, Ian Neilson.

Sebelum ini hari tanpa air ditetapkan pada 21 April.

Awal tahun ini, bandar itu menerbitkan nama-nama pesalah di Cape Town yang didenda kerana menggunakan air secara berlebihan.

Tetapi kerajaan dikritik kerana gagal melaksanakan pembatasan penggunaan air dengan lebih cepat mengabaikan peringatan oleh pakar-pakar pada tahun-tahun sebelum bermulanya musim kemarau.

Hujan musim panas yang kuat menyaksikan sebahagian besar Afrika Selatan pulih dari kemarau yang disebabkan oleh fenomena cuaca El Nino.

Tetapi Mediterranean seperti Cape Town menerima sebahagian besar hujannya di musim sejuk di hemisfera selatan – dan para saintis memberi amaran bahawa tidak ada jaminan musim hujan yang baik. – MalaysiaGazette