Home Dunia Presiden Uganda sayang Trump

Presiden Uganda sayang Trump

Yoweri Museveni

KAMPALA – Ketika beberapa negara Afrika marah Donald Trump kerana bersifat rasis, Presiden Uganda, Yoweri Museveni pula berkata beliau sayang presiden itu.

“Rakyat Amerika mendapat seorang presiden yang terbaik,” katanya sambil ketara semasa pembukaan Dewan Undangan Negeri Afrika Timur (EALA) di sini.

Katanya, beliau suka Trump kerana Presiden Amerika Syarikat itu jujur dan rakyat Afrika perlu menyelesaikan masalah-masalah sendiri dan menyifatkan rakyatnya lemah.

Baru-baru ini, Trump didakwa merujuk Afrika sebagai negara-negara yang kotor semasa mesyuarat imigresen.

Trump nafi mengeluarkan kenyataan itu tetapi para senator Amerika Syarikat yang hadir dalam mesyuarat itu mengaku presiden menyebutnya.

Kesatuan Afrika menuntut Trump memohon maaf di atas kenyataan yang bersifat rasis itu.

Kenyataan Museveni itu bertentangan dengan reaksi kebanyakan pemimpin yang mengutuk bahasa Trump.

Ahad lalu, Presiden Perancis, Emmanuel Macron memberitahu, beliau berkongsi kemarahan negara Afrika.

Malah, Duta Besar Amerika Syarikat ke Uganda, Deborah Malac turut mengkritik Trump.

“Kata-kata beliau sangat mengganggu dan mengecewakan,” kata Deborah Malac.

Trump didakwa menggunakan istilah “negara pengotor” apabila bertanya mengapa Amerika Syarikat harus menerima pendatang dari Haiti dan beberapa negara di Afrika. – MalaysiaGazette