JAKARTA – Indomie, mi segera popular Indonesia, kini boleh didapati di restoran makanan segera halal di Milan, Itali.

Menurut Antara, pemilik Ckn & Ckn Osama yang merupakan warga Mesir yang telah menetap di Milan sejak sekian lama kini mempunyai tujuh cawangan kedai makan di bandar tersebut.

Wakil pemasaran Indifood di Milan, Yulia Kartini memberitahu agensi berita itu di London bahawa kini banyak makanan halal boleh diperoleh di Milan berikutan peningkatan bilangan pendatang yang bekerja di bandar itu, lapor The Jakarta Post.

Indomie yang telah dikenali di Milan dijangka dapat menarik lebih ramai pelanggan di restoran yang menghidangkan ayam dan burger.

Yulia menambah, kerjasama dengan restoran di luar negara merupakan sebahagian daripada misi pihaknya untuk mempromosi makanan Indonesia di negara lain. – Agensi