KUALA LUMPUR – Pelakon kontroversi,  Iqram Dinzly muncul kembali dengan kontroversi gara-gara sebuah rakaman video bersama anak pelakon veteran Normah Damanhuri, Liana Rosli.

Liana atau dikenali dengan panggilan Kak KM merupakan pengasas produk jamu dan selama ini terkenal dengan aksi ‘double-meaning’ ketika muncul di laman sosial Instragram miliknya.

Terbaharu, menerusi video berdurasi 60 saat yang dimuat naik oleh Liana, dia dan Iqram sengaja membuat aksi lucah ketika menikmati ais krim.

Video tersebut dipercayai dirakamkan ketika mereka berdua mengunjungi majlis malam berinai pelakon Betty Rahmad di Kuala Lumpur, kelmarin.

Pada mulanya, Iqram yang lengkap memakai blazer dan bersongkok dilihat sedang menikmati aiskrim kon itu sambil diusik oleh Liana

Tidak lama selepas itu, wanita pula menunjukkan cara ‘menikmati’ aiskrim konnya sambil disaksikan oleh Iqram sebelum wanita itu dilihat dengan sengaja melaga punggung ke arah aktor berkenaan.

Tidak habis di situ, Liana kemudiannya dilihat meneruskan aksi ‘ghairah’ tersebut dengan memasukkan separuh daripada kon aiskrim berkenaan ke dalam mulutnya sambil menari dengan girang.

Bagaimanapun, video yang pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang mengecam dan mengutuk teruk perbuatan tersebut tidak dapat diakses di Instagram Liana lagi.

Tindakan Iqram dan Liana itu dilihat jijik oleh netizenapabila mereka meluahkan rasa terkejut dengan aksi tersebut dan meminta kedua-dua selebriti ini bertaubat.

Namun tidak kurang pula, yang tidak mengambil kisah sangat dan menganggap aksi ‘panas’ itu sekadar hiburan sahaja.

Iqram sebelum ini terlibat dengan kontroversi videonya yang menyaksikan dia tampil melakukan aksi pelik dan seakan-akan lucah di laman sosial peribadinya dan menjadi tular.

Kisah itu turut mendapat perhatian beberapa tokoh agama yang berhasrat mahu membantu aktor berusia 36 tahun itu. – MalaysiaGazette