Logo Suhakam

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mencadangkan agar lokap Ayer Molek di Johor Bahru ditutup kerana keadaannya yang teruk.

Pada masa sama, Suhakam menggesa Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) untuk mempercepatkan pembinaan lokap baru di Larkin memandangkan keadaan lokap Ayer Molek akan lebih teruk jika digunakan.

Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, keadaan lokap itu masih tidak berubah dan tidak memuaskan meskipun Suhakam telah membuat pelbagai cadangan semasa lawatan pertamanya pada 31 Julai tahun lalu.

Suhakam telah sekali lagi melawat lokap berkenaan pada 11 Januari lalu.

Bagaimanapun, Suhakam akui ada peningkatan dalam peruntukan belanjawan makanan antara RM8 hingga RM9 telah meningkatkan kualiti dan kuantiti makanan untuk tahanan.

Katanya, Suhakam melihat keperluan bagi kerajaan untuk menyediakan peruntukan yang diperlukan dalam bajet negara untuk semua lokap di Malaysia agar mematuhi Peraturan Minimum Standard Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Rawatan Tahanan (Mandela Rules). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast