Home Dunia PBB gesa kekacauan di Syria ditamatkan

PBB gesa kekacauan di Syria ditamatkan

Antonio Guterres . foto Agensi

NEW YORK – Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar kekacauan yang berlaku di Syria ditamatkan.

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata demikian susulan serangan Israel ke atas negara itu.

Guterrres kini sedang memantau rapi perkembangan di situ termasuk pertempuran terbaru membabitkan pasukan keselamatan Israel.

Dalam serangan itu, Israel menjadikan kedudukan tentera Iran sebagai sasaran utama selepas salah sebuah pesawat pejuangnya terhempas akibat ditembak pasukan pertahanan udara Syria.

Serangan oleh Israel berkenaan berlaku sejurus selepas mereka berjaya memintas sebuah dron milik pasukan Syria yang menceroboh ruang udara rejim Zionis itu. – MalaysiaGazette