MOSCOW – Ketua kerjasama industri pertahanan strategik Rusia (Rostec) berkata Moscow bersedia menjual sitem pertahnan udara, S-400, kepada mana-mana negara, termasuk Amerika Syarikat (AS) berasa tidak selamat dan mahu menutup ruang udaranya.

Pada akhir tahun lalu, Moscow bersetuju untuk membekalkan sistem peluru berpandu darat ke udara, S-400, kepada Ankara, menjadikan Turki negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pertama yang akan menggabungkan teknologi Rusia ke dalam struktur pertahanan Atlantik Utara apabila penghantaran tempahan bernilai AS$2.5 bilion dilakukan.

Pada Rabu lalu, Ketua konglomerat Rostec, Sergey Chemezov memanjangkan tawaran pembelian S-400 Triumf atau Sa-21 Growler yang dikenali NATO kepada Pentagon, lapor RT.

“S-400 bukannya sistem serangan, ia adalah sistem pertahanan. Kami boleh menjualnya kepada Amerika jika mereka mahukannya,” kata Chemezov kepada Wall Street Journal (WSJ) apabila ditanya mengenai alasan strategik di belakang penjualan S-400 kepada Turki.

S-400 dibangunkan oleh Biro Rekaan Pusat Almaz yang beroperasi bersama Angkatan Tentera Rusia sejak 2007. Sistem peluru berpandu darat ke udara bergerak yang menggunakan empat buah peluncur mampu sampai ke sasaran pada jarak antara 40 kilometer hingga 400 kilometer.

Penghantaran S-400 ke Syria dilihat sabagai teras kepada kejayaaan Rusia menentang Islamic States.

Ketika  Almaz membangunkan sistem S-500, tempahan dari negara asing untuk memiliki S-400 telah meningakat. Selain China dan Turki yang masih menunggu penghantaran, India, Qatar dan Arab Saudi kini sedang berunding untuk membeli perkakasan ketenteraan Rusia itu.

Peningkatan permintaan mungkin disebabkan kebolehpercayaan yang tinggi dan sejarah panjang peluru berpandu siri S. S-200 yang direka Almaz pada 1960an masih lagi digunakan di banyak negara pada hari ini. Pada Sabtu lalu, sistem S-2000 Vega, peluru berpandu darat ke udara pada ketinggian sederhana hingga tinggi, milik Syria didakwa digunakan untuk memintas pesawat oejuang Israel, F-16. – Agensi