Reaksi Altimet ketika dinobatkan sebagai pemenang Persembahan Terbaik pada Anugerah Juara Lagu (AJL) ke 32 di Axiata Arena, Bukit Jalil. foto FAREEZ FADZIL, 11 FEBRUARI 2018

KUALA LUMPUR – Pelakon Iqram Dinzly menimbulkan menaikkan kemarahan penyanyi rap Altimet pada  Anugerah Juara Lagu ke 32 (AJL32) pada malam Ahad lalu.

Menerusi laman Twitternya, Altimet mendedahkan petugas pada acara itu kerana berjaya menghalang Iqram daripada ‘menceroboh’ dan membuat kemunculan pada persembahannya.

Dia juga mengucap tahniah kepada pihak Media Prima kerana berjaya mengelak pelakon itu daripada mengalami kecelakaan.

“Baru dapat tahu masa #AJL32 hari tu, Che Iqram nak naik pentas masa aku buat persembahan. Syabas kepada staff Media Prima Berhad sebab lindungi dia dari ‘kecederaan’.

“Ini hip hop, bro. Kalau tak diundang naik pentas kau naik jugak, siku, kaki, buku lima semua kau boleh jamah der. Adat kami lain sikit,” tulisnya.

Pada acara itu, Altimet membawa pulang trofi Persembahan Terbaik dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000.

Hael Husaini pula muncul sebagai juara AJL32 menerusi lagu ciptaannya bersama Ezra Kong, Jampi.

Difahamkan tindakan Iqram itu turut mengejutkan pihak produksi.

Dalam pada itu, Altimet memberitahu dia meninggalkan pentas utama ketika Hael menyanyikan lagunya selepas diumumkan sebagai pemenang kerana tidak mahu mengeruhkan keadaan apabila melihat Iqram turut naik ke pentas bagi meraikan kemenangan Hael itu.

“Sebab itu masa kau naik pentas bila juara nyanyi lagu sekali aku ‘chow’. Tak nak keruhkan keadaan,” tambahnya lagi. – MalaysiaGazette