Home Dunia Presiden Zuma akhirnya lepaskan jawatan

Presiden Zuma akhirnya lepaskan jawatan

Jacob Zuma

CAPE TOWN – Presiden Afrika Selatan, Jacob Zuma melepaskan jawatan selepas mendapat tekanan daripada partinya.

Dalam kenyataannya menerusi televisyen, Zuma berkata, dia melepaskan jawatannya berkuasa serta-merta.

Meskipun begitu, Zuma memaklumkan dia tidak bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh Parti ANC.

Parti ANC sebelum ini mengarahkannya melepaskan jawatan atau berhadapan dengan undi tidak percaya di Parlimen.

Dengan peletakan jawatannya, Zuma memberi laluan kepada timbalannya, Cyril Ramaphosa sebagai pemimpin baru.

Zuma, 74, memegang jawatan itu sejak tahun 2009, sebelum ini didakwa dengan pelbagai pertuduhan rasuah, walaupun beliau menafikannya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast