Home Dunia 3 maut tertimbus dalam salji

3 maut tertimbus dalam salji

Tiga pemain ski terbunuh di kawasan gelongsor salji di di resort Cauterets di pergunungan Pyrenees. - foto Agensi

PERANCIS – Tiga pemain ski ditemui mati di sebuah resort di selatan Perancis selepas terperangkap di bawah runtuhan salji di kawasan luar gelongsor salji, kata para pegawai.

Ketiga-tiga lelaki Perancis – seorang berumur 29 dan dua 38, telah hilang pada malam Rabu di resort Cauterets di pergunungan Pyrenees.

Pada hari Selasa lalu, seorang pemain ski berusia 19 tahun meninggal dunia akibat runtuhan di resort Gavarnie, juga di Pyrenees.

Pihak berkuasa memberi amaran tentang risiko di kawasan gelongsor salji, yang mana banyak kemalangan berlaku di sana.

Tahun ini telah menyaksikan salji tebal berlaku di rantau itu termasuk di Alps.

Cuaca buruk dilaporkan berterusan di Pyrenees. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast