Home Ekonomi Harga minyak tertinggi dalam dua minggu

Harga minyak tertinggi dalam dua minggu

Logo Shell

TOKYO – Harga minyak terus naik untuk mencecah paras tertinggi dalam tempoh hampir dua minggu, dipacu oleh pemulihan pasaran ekuiti global dan pemulihan saham Asia serta kebimbangan ketegangan di Timur Tengah.

Sementara, Brent pula meningkat sebanyak AS$0.46 kepada AS$65.30 setong, selepas melonjak lebih 3 peratus pada minggu lalu.

“Momentum kenaikan harga sejak WTI merekodkan paras rendah AS$58 setong telah berlarutan.

“Minyak mendapat sokongan ringan daripada keuntungan di pasaran ekuiti Asia, tetapi telah mendapat tekanan akibat kenaikan jumlah struktur gerudi minyak Amerika Syarikat dan sedikit pemulihan dalam dolar,” kata Tetsu Emori, Ketua Pegawai Eksekutif Emori Capital Management di Tokyo.

Dagangan dijangka lebih perlahan disebabkan cuti di Amerika Syarikat, China dan India.

Bilangan struktur gerudi minyak adalah petunjuk tentang pengeluaran masa depan, naik sebanyak tujuh kepada 798, tertinggi sejak April 2015. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast