Kamarulazman Habibur Rahman.

KUALA LUMPUR – Bekas penaja Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Kamarulazman Habibur Rahman menafikan rombongan parti itu ke pejabat Pendaftar Pertubuhan (RoS) semalam atas arahan Barisan Nasional (BN).

Beliau sebagai jurucakap 1,000 ahli dan bekas ahli yang berhimpun semalam sebaliknya menempelak Ketua Penerangan PPBM, Datuk Kamaruddin Mohd Noor yang membuat dakwaan bahawa ia merupakan strategi untuk mensabotaj parti tersebut.

Kamaruddin tambah beliau, sepatutnya bertanyakan kepada dirinya tentang amalan PPBM yang melanggar perlembagaanparti sehingga menghilangkan kepercayaan anggotanya.

“Datuk kamaruddin perlu melihat wajahnya sendiri, bertanyakan kepada diri sendiri, adakah betul apa yang diamalkan oleh PPBM? Adakah mesyuarat agung parti mengikut fasal dalam perlembagaan parti ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Jelas beliau, barisan kepimpinan parti serpihan UMNO yang mengalami kepincangan itu tidak perlu terus bermimpi agar semua akar umbi berdiam diri membiarkan diri mereka tertipu.

“Kalau kata kami nak sabotaj parti dan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) dia kena faham jika perjuangan mereka ini perjuangan yang betul maka lunas yang ditetpkan perlu diikuti macam perlembagaan kenapa ia tidak dipatuhi.

“Adakah mereka mengharapkan kami berdiam diri?,” ujar beliau . – MalaysiaGazette