TOKYO – Harga minyak Amerika Syarikat susut pada hari kedua selepas data industri menyaksikan kenaikan stok minyak mentah.

Kenaikan stok itu dilihat sebagai penghalang usaha OPEC untuk mengakhiri lebihan bekalan global.

Minyak mentah West Texas Intermediate turun AS$0.19 atau 0.3 peratus kepada AS$62.82 pada 0028 GMT, selepas jatuh AS$0.90 pada sesi sebelumnya manakala Brent masih belum lagi didagangkan. Pada hari Selasa, kontrak turun AS$0.87 sen kepada AS$66.63 setong.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat melonjak pada minggu lalu apabila import meningkat, sementara inventori gasolin naik dan stok penyulingan susut, menurut Institut Petroleum Amerika (API).

Inventori minyak mentah meningkat 933,000 tong dalam seminggu kepada 421.2 juta, berbanding jangkaan penganalisis untuk peningkatan 2.1 juta tong.

Stok minyak mentah di Cushing, Oklahoma, hab penghantaran susut 1.3 juta tong, kata API. Operasi minyak mentah menurun sebanyak 209,000 tong sehari, menurut data API. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast