Ahli perniagaan bergelar Datuk Seri dibawa oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mendapatkan perintah tahanan reman selepas dipercayai terlibat menerima wang RM19 juta bagi menutup siasatan projek mega terowong dasar laut bernilai RM3.6 bilion ke Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto SAFWAN MANSOR, 28 FEBRUARI 2018

PUTRAJAYA –¬†¬†Seorang ahli perniagaan bergelar Datuk Seri direman enam hari berhubung dakwaan menerima wang berjumlah RM19 juta bagi menutup siasatan ke atas projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Perintah reman terhadap suspek yang berusia 37 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Norhidayati Mohammad Nasroh.

Suspek ditahan oleh SPRM semalam kerana disyaki menerima wang tersebut daripada sebuah syarikat berkaitan projek terowong yang bernilai RM6.3 billion itu selepas beliau dikatakan mampu ‘menyelesaikan’ siasatan yang dijalankan oleh SPRM.

Menurut sumber, pihak syarikat itu membayar wang berjumlah RM19 juta itu secara berperingkat sekitar bulan Julai dan Ogos tahun lalu. – MalaysiaGazette