Home Dunia Maut makan Rock Melon

Maut makan Rock Melon

VICTORIA – Mangsa ketiga maut di Australia setelah makan Rock Melon yang tercemar dengan bakteria listeria.

Setakat ini seramai 15 warga emas dijangkiti wabak yang dikaitkan dengan penanaman Rock Melon di New South Wales.

Dua kematian pertama ari New South Wales, dan mangsa ketiga berada di Victoria.

Sehubungan itu, warga emas, wanita hamil dan kanak-kanak dinasihatkan tidak mengambil buah tersebut.

Seramai 15 orang yang didiagnos dengan bakteria itu selepas  memakan Rock Melon sebelum jatuh sakit.

“Pengguna diminta tidak memakan Rock Melon yang dibeli sebelum 1 Mac,” kata Vicky Sheppeard, Pengarah Penyakit Berjangkit New South Wales.

Pencemaran itu telah dikesan ke ladang bandar Griffith di New South Wales.

Rockmelons telah ditarik balik dari rak pasar raya di seluruh Australia berikutan wabak itu, yang bermula sejak bulan Januari. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast