Foto Instagram Ainan Tasneem.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Ainan Tasneem memilih nama Ainan Salsabiela Mohamad Ariffudin untuk anak sulungnya yang dilahirkan pada 2 Mac lalu.

Menerusi entri terbaru di Instagram (IG), penyanyi yang popular menerusi lagu Aku Suka Kamu itu turut menjelaskan maksud di sebalik keindahan nama Salsabila.

“Maksud nama saya ialah ‘Mata Air di Syurga’, sama maksud lebih kurang dengan nama Ummi saya. Doakan saya menjadi anak yang solehah ya semua.

“Indahnya nama ‘Salsabila’ ini adalah kerana ianya adalah mata air di syurga, yang akan diberikan kepada orang yang mendekatkan diri kepada Allah (muqarrabin), sedang para abrar (orang yang berbuat baik), maka Allah memberi mereka air yang diberi campuran kafur (air dingin yang baunya wangi) dan zanzabil (air halia yang segar dan wangi),” tulisnya.

Penyanyi lagu 150 juta itu berkahwin dengan seorang jurutera, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi pada 7 Januari tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast