Home Dunia Pesawat bawa anak hartawan Turki terhempas

Pesawat bawa anak hartawan Turki terhempas

Mina Basaran

IRAN – Sebuah pesawat persendirian Turki yang membawa 11 penumpang terhempas di Iran.

Lapan penumpang itu termasuk tiga anak kapal.

Semua penumpang dipercayai maut mati selepas pesawat meletup di pinggir gunung berhampiran bandar Shahr-e Kord, di Iran barat.

Berita Hurriyet Turki berkata, para penumpang termasuk termasuk Mina Basaran, anak perempuan seorang ahli perniagaan terkenal dan tujuh rakannya.

Mereka dikatakan telah meraikan majlis di Dubai menjelang perkahwinannya pada bulan depan.

Bulan Sabit Merah Turki menerusi Twitter berkata, bangkai pesawat dan mayat penumpang telah ditemui dan akan dibawa turun dari gunung dalam operasi menyelamat pada waktu pagi.

Pesawat Bombardier Challenger 604 dilaporkan milik sebuah syarikat yang dimiliki oleh hartawan perniagaan Turki, Huseyin Basaran – bapa pengantin perempuan.

Basaran adalah bekas Naib Pengerusi Trabzonspor, sebuah kelab bola sepak, juga memiliki empayar perniagaan dalam sektor tenaga, kewangan, pembinaan, makanan, pelancongan dan lain-lain.

Beliau membina blok apartmen mewah di Istanbul – Mina Tower – mengambil nama anak perempuannya. – MalaysiaGazette