KATHMANDU – Sebuah pesawat terhempas di lapangan terbang antarabangsa Kathmandu petang ini, lapor media tempatan.

Pesawat milik Bangladesh, US-Bangla Airlines, tersasar dari landasan ketika mendarat dan terhempas di bahagian timur landasan Lapangan Terbang Antarbangsa Tribhuvan, lapor Kathmandu Post.

Media tempatan mengenal pasti pesawat malang tersebut adalah Bombardier Dash 8 Q400 tetapi tiada pengesahan rasmi setakat ini.

Setakat ini tiada pengumuman mengenai nasib penumpang pesawat itu.

Pasukan bomba kini berada di lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran, lapor My Republica.

Pesawat tersebut mendarat di Kathmandu pada pukul 2.20 petang waktu tempatan, menurut laman sesawang yang menjejaki penerbangan, FlighRadar24.