Home Ekonomi Tü-E Capital tidak patuhi peraturan BNM

Tü-E Capital tidak patuhi peraturan BNM

KUALA LUMPUR – Tü-E Capital Berhad telah dimasukkan dalam senarai syarikat dan laman web yang tidak dibenarkan atau diluluskan di bawah undang-undang dan peraturan Bank Negara Malaysia.

Setakat ini terdapat 414 buah syarikat sedemikian yang disenaraikan, menurut notis Bank Pusat itu.

Bank Negara Malaysia berharap senarai itu dapat dijadikan panduan kepada orang ramai berdasarkan maklumat dan pertanyaan yang diterima olehnya. – MalaysiaGazette