PUTRAJAYA – “Saya minta semua bertenang, itu satu teguran Timbalan Pengerusi BN dan teguran itu semestinya ada asas mustahil beliau tak tahu apa sebenarnya berlaku kepada parti sendiri.”
Itu nasihat Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berhubung luahan rasa terkilan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi apabila ada pemimpin atau calon parti komponen tidak hadir pada program anjurannya sedangkan beliau sendiri meluangkan masa menghadiri program dan bertemu rakyat.
Beliau menyifatkan sikap itu memberi gambaran buruk kepada parti, terutama ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) bakal diadakan pada bila-bila masa.
MCA perlu mengambil iktibar di atas teguran Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang mahu parti komponen itu menyokong program-prgram bersama rakyat anjuran BN.
Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyifatkan teguran itu sebagai wajar berkata, semua parti-parti komponen perlu bergerak seiring bagi memastikan BN terus memerintah.
“Saya minta semua bertenang, itu satu teguran dari Timbalan Pengerusi BN dan teguran itu semestinya ada asas, mustahil beliau tak tahu apa sebenarnya yang berlaku kepada parti sendiri
“BN parti berbilang kaum, bangsa dan agama jadi konsep kita segala keputusan dibuat secara kosesus, kalau dia terguris hati dengan kerusi tertentu kita akan duduk berbincang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semalam, Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri meluahkan kekecewaan apabila ada pemimpin atau calon parti komponen BN
Tengku Adnan berkata, sebagai Pengerusi BN Wilayah Persekutuan, ada juga parti-parti komponen yang bertanyakan tentang kedudukan calon untuk kerusi Bandar Tun Razak, Segambut, Wangsa Maju dan Kepong.
“Saya beritahu mereka, kita akan pulangkan kepada pengurusan BN sendiri untuk menentukannya, kita boleh suarakan hasrat dan apa yang kita kehendaki namun kebijaksanaan Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menentukan yang terbaik untuk parti,” katanya.
Dalam pada itu, mengulas mengenai kesediaan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad bertanding atas tiket DAP, beliau yakin pengundi-pengundi Cina akan memberi undi kepadanya jika betul beliau akan bertanding atas tiket DAP.
Beliau bagaimanapun berasa hairan jika perkara itu berlaku kerana DAP pernah membuat pelbagai tuduhan dan memberi bermacam-macam gelaran kepada bekas Perdana Menteri itu.
“Susah nak komen, kita tak tahu pemikiran orang yang sudah berumur dan ada perasaan terlalu egoistik atau angkuh hati, jadi susah nak buat teguran pada orang yang fikir dia saja yang betul,” katanya.
Tengku Adnan secara sinis berkata, rakyat terutamanya di Selangor perlu kembali menyokong BN kerana selepas memberi undi mereka akhirnya terpaksa mencari baldi.-MalaysiaGazette