KUALA LUMPUR – Hentikan sebarang spekulasi dan semua pihak diminta bertenang dengan tidak mencetuskan lagi ketegangan berhubung isu kerusi Parlimen Alor Gajah, tegas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka, Datuk Seri Idris Haron.
Jelas Idris, jika isu tersebut berlarutan dan membuat keputusan terburu-buru ia akan menjejaskan peluang calon-calon BN untuk menang pada Pilihan Raya Umum ke-14.
“Saya harap semua pihak bertenang kerana belum ada lagi pengumuman dari mana-mana pihak dari ketiga-tiga parti.
“Ia masih diperingkat perbincangan (nama calon) lagi, dan tak perlu ada apa-apa solidariti dan sebagainya,” beliau dipetik berkata.
Terdahulu, ahli akar umbi MCA di Alor Gajah mencetuskan bantahan susulan ura-ura calon MCA di kawasan tersebut mahu diletak setiausaha politik perdana menteri, Wong Nai Chee. – MalaysiaGazette