Home Ekonomi Harga minyak dunia susut

Harga minyak dunia susut

SINGAPURA – Harga minyak jatuh hari ini ekoran peningkatan aktiviti penggerudian di Amerika Syarikat, sekaligus menambah kebimbangan mengenai kelebihan bekalan.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) berada pada AS$62.02 setong pada 0145 GMT, turun AS$0.32 atau 0.5 peratus berbanding harga penutup.

Sementara niaga hadapan minyak mentah Brent pula berada AS$65.87 setong, turun AS$0.34 atau 0.5 peratus.

Harga minyak jatuh hari ini selepas menyaksikan kenaikan pada Jumaat lalu berikutan ketegangan di Timur Tengah.

“Walaupun kenaikan bekalan syal Amerika Syarikat, harga minyak kekal kukuh..kemungkinan Amerika Syarikat akan menarik balik perjanjian nuklear Iean, kata Stephen Innes, Ketua Dagangan OANDA bagi Asia/Pasifik di Singapura.

Pasaran minyak global berhadapan dengan risiko lebihan bekalan selepas berlaku penurunan pada tahun lalu.

Kebanyakan penganalisis menjangkakan bekalan minyak dunia yang susut pada tahun lalu menjadi lebihan pada tahun ini. – MalaysiaGazette