Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.
Perbicaraan kes rasuah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan ahli perniagaan Phang Li Koon akan disebut semula pada 30 Julai depan.

KUALA LUMPUR – Siasatan rakaman video anti-GST yang dinyanyikan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng di sebuah sekolah baru-baru ini sudah berjalan, kata Polis Pulau Pinang.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Timur Laut, ACP Anuar Omar yang dipetik berkata mereka sudah memanggil dan mengambil keterangan pengadu berhubung video kontroversi tersebut.

“Laporan itu dibuat oleh tiga orang wakil organisasi bukan kerajaan dan Penang Front Party yang tidak berpuas hati dengan ketua menteri kerana mempergunakan kanak-kanak dalam klip video anti-GST itu sedangkan beliau tengah merasmikan program ‘Tuisyen Rakyat’ di Mutiara Idaman, Jelutong.

“Pegawai penyiasat sedang bercakap dengan pengadu tentang kenyataan mereka,” beliau dipetik berkata.

Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kerana menyalahgunakan kemudahan internet dengan aksi “lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain.

Guan Eng baru-baru ini dikecam hebat kerana menyiarkan lagu tersebut di dalam sekolah.

Majlis pelancaran yang diadakan di Pangsapuri Mutiara Idaman 2, Jelutong disifatkan sebagai politik murahan pemimpin DAP itu apabila Guan Eng tanpa segan silu memilih untuk ‘berkempen’ mengenai cukai GST kepada pelajar dan ibubapa yang hadir.

Video nyanyian dan tarian Guan Eng itu mula tular sejak Sabtu lalu.

Lirik lagu itu bermula dengan “ABCD GST” dan kemudiannya disambung dengan harga barangan dan gaji selain rakyat terpaksa makan mee segera. – MalaysiaGazette