Home Nasional Pesakit leukemia meninggal dalam penerbangan

Pesakit leukemia meninggal dalam penerbangan

Xinhua previously said, 84 people were taken to hospital for treatment following the blast.

KUCHING – Seorang pesakit leukemia meninggal dunia ketika dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke Kuching pagi tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuching, Supritendan Abang Junaidi Abang Anuar berkata, Wong Ho Huah, 46, dari Sri Aman disahkan meninggal dunia kira-kira 11.10 pagi oleh penyelia penerbangan.

Wong ditemani oleh abangnya yang duduk sebelahnya ketika dalam penerbangan.

“Kira-kira pukul 12.03 tengah hari, sebaik sahaja pesawat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, polis menerima laporan mengenai kejadian itu dan sepasukan dari balai polis Sungai Maong bergegas ke lokasi,” katanya.

Dalam kenyataan di sini, beliau berkata, kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk bedah siasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast