Ujian saringan awal terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah - Foto Ihsan IPD Tawau

KUALA LUMPUR – Dua lelaki ditahan selepas dipercayai memiliki dadah jenis syabu dalam dua operasi berasingan menerusi Op Tapis di kawasan Taman Eastern 2, Jalan Sin Onn dan Bandar Sri Indah, Batu 10, Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Rosdi Mat Jusoh berkata, dalam operasi pertama di kawasan Taman Eastern 2, Jalan Sin Onn, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 39 tahun yang berada dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan terhadap suspek menemukan satu paket plastik lutsinar berisi bahan hablur jernih disyaki syabu seberat 0.54 gram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, katanya, dalam operasi kedua di kawasan perumahan Bandar Sri Indah, Batu 10, polis menahan seorang lagi lelaki berusia 44 tahun.

Ujarnya, pemeriksaan terhadap suspek membawa kepada penemuan satu paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki syabu seberat 1.47 gram.

Rosdi berkata, ujian saringan awal terhadap kedua-dua suspek mendapati mereka positif dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine.

“Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. 

Sehubungan itu, polis menyeru masyarakat supaya tidak terbabit dalam penyalahgunaan atau pengedaran dadah, selain menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya mengetahui aktiviti berkaitan dadah bagi membantu usaha membanteras jenayah berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here