Foto Instagram Siti Nurhaliza.

KUALA LUMPUR – Anak sulung Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu. Siti Aafiyah kini memiliki lebih 10 akaun palsu di Instagram selepas pengumuman nama sebenarnya pada malam kelmarin.

Antara akaun tersebut adalah @sitiaafiyah_, @sitiaafiyahkhalid_official, @sitiaafiyahctdk_, @sitiaafiyah.official, @sipipimerahcomel dan @sitiaafiyah.khalidjiwa.

Bagaimanapun tiada satu pun daripada akaun tersebut merupakan akaun sebenar anak penyanyi nombor satu negara itu.

Ini kerana Siti Nurhaliza memberitahu, beliau belum memikirkan sama ada mahu mewujudkan akaun Instagram anaknya itu.

Buat masa ini, peminat boleh mengikuti perkembangan Siti Aafiyah menerusi akaun Instagram Siti.

Siti Aafiyah dilahirkan pada 19 Mac lalu pada pukul 8.17 pagi di Pusat Perubatan Gleneagles, Jalan Ampang.

Sebelum ini, kehadiran bayi perempuan itu dalam hidup Siti Nurhaliza yang menanti selama 11 tahun untuk dikurniakan cahaya mata diberi gelaran Fatimah Az-Zahra.

Pada Ahad lalu, Siti, 39, dan suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, 59, mengumumkan nama sebenar puteri sulung mereka pada sebuah majlis tahnik dan akikah yang berlangsung di kediaman mereka di Hulu Kelang, Selangor.

Dalam pada itu, Siti bakal melancarkan video klip penuh lagu Comel Pipi Merah di akaun rasmi YouTube Siti Nurhaliza yang memaparkan pengalaman sebelum, semasa dan selepas penyanyi itu melahirkan Siti Aafiyah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast