Home Dunia Empat kesatuan keretapi ancam mogok

Empat kesatuan keretapi ancam mogok

PARIS – Empat kesatuan kereta api utama mengumumkan untuk melancarkan mogok dua hari bagi setiap lima hari untuk tempoh tiga bulan bagi membantah monopoli perkhidmatan kereta api.

Tindakan itu dijangka menjejaskan usaha Presiden Emmanuel Macron untuk melaksanakan pemodenanan ekonomi.

Laluan komuter ke Paris dijangka terjejas teruk apabila hanya satu daripada keretapi laju antara bandar akan beroperasi, kata SNCF.

Malah, perkhidmatan keretapi antarabangsa juga akan terjejs kerana tidak ada operasi antara Perancis, Switzerland, Itali dan Sepanyol.

Hanya satu daripada tiga keretapi ke Jerman akan beroperasi manakala tiga daripada empat perkhidmatan Eurostar yang menghubungkan London, Perancis dan Brussels akan beroperasi.

Kali terakhir presiden Perancis melakukan pembaharuan hingga melumpuhkan pengangkutan itu adalah pada tahun 1995, memaksa Perdana Menteri, Alain Juppe menariknya semula.

Berbanding dengan keadaan dulu, kesatuan pekerja itu lebih lemah dilihat sekarang kerana terbahagi kepada sekumpulan lain yang menyokong Macron dan pembaharuan ekonomi.

Pemimpin SNCF, Guillaume Pepy, yang menentang pembaharian dalam perkhidmatan itu memberi amaran akan berlaku gangguan lebih besar.

Macron mahu mengubah SNCF sebuah syarikat yang mempunyai hutang kepada entiti untung.

Bagaimanapun, kesatuan menyifatkan tindkaan itu untuk membuka jalan ke arah penswastaan.

Jika Macron berjaya mengatasi kesatuan, beliau mahu melaksanakan pembaharuan utama lain termasuk merombak sistem pendidikan dan pencen.

Malah, Macron juga mahu mengurangkan undang-undang buruh.

Namun, kakitangan SNCF takut mereka boleh kehilangan jaminan pekerjaan, kenaikan gaji tahunan automatik dan dasar persaraan awal. – MalaysiaGazette