Home Ekonomi Penerbangan terus ke Phuket, Hanoi dari P. Pinang

Penerbangan terus ke Phuket, Hanoi dari P. Pinang

KUALA LUMPUR – AirAsia melancarkan penerbangan terus dari Pulau Pinang ke Hanoi, Vietnam dan ke Phuket, Thailand mulai 1 Julai ini.

Penerbangan terus ke Hanoi dan Phuket itu merupakan laluan kesembilan dan ke-10 AirAsia dari Pulau Mutiara itu akan mengukuhkan lagi hubungan antara Asean yang ditawarkan AirAsia.

Penerbangan dari Pulau Pinang ke Hanoi akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu manakala ke Phuket tujuh kali seminggu.

AirAsia berkata, sempena pelancaran itu, ia menawarkan tambang termasuk semua bermula RM99 sehala dari Pulau Pinang ke Hanoi dan RM79 sehala dari Pulau Pinang ke Phuket.

Tempahan boleh dibuat mulai hari ini sehingga 15 April 2018 untuk tempoh perjalanan di antara 1 Julai 2018 dan 29 Oktober 2018.

Layari airasia.com atau tempah melalui aplikasi mudah alih AirAsia untuk peranti iPhone atau Android untuk menikmati promosi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast