Donald Trump. foto The Sun

WASHINGTON – Presiden Donald Trump mahu menghantar tentera Amerika Syarikat untuk melindungi sempadan Mexico.

“Kami akan melakukan tindakan ketenteraan,” kata Trump sambil menyifatkan ia satu keputusan besar.

Terdahulu, Trump mengancam untuk mengurangkan bantuan Honduras selepas mengesahkan laporan tentang sejumlah pelarian suaka politik sedang menuju ke Amerika Syarikat.

Sempadan itu termasuk Sungai Rio Grande dikawal oleh peronda sempadan Amerika Syarikat.

Sebelum Trump, dua Presiden Amerika Syarikat turut melakukan kawalan yang sama.

Barack Obama menghantar 1,200 orang tentera untuk mengawal sempadan manakala George W Bush pula meletakkan 6,000 tentera dalam operasi tersebut.

Semasa jamuan tengah hari dengan pemimpin-pemimpin negara Baltik, Trump memberitahu, Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara dalam keadaan risiko kecuali Mexico menghentikan migran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast