Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah) Khalid Abdul Samad menyifatkan barisan kepimpinan PAS kini semakin lemah sehingga membenarkan diri mereka dipergunakan oleh UMNO, khususnya dalam soal Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi (ICERD).
Khalid Abdul Samad

KUALA LUMPUR – Menjadi lumrah apabila ada wakil rakyat pembangkang yang lari daripada kawasan masing-masing setelah mendapat tahu pengundi mula menolak mereka pada PRU-14 ini.

Difahamkan, penyandang kerusi Shah Alam, Khalid Samad juga berbuat demikian.

Difahamkan, Khalid berkemungkinan tidak ditempatkan semula di Shah Alam dan didakwa akan bertanding di Johor.

“Jika ditawarkan insya Allah saya terima dan sanggup dan jika tidak saya menyokong siapa sahaja yang terpilih sebagai calon di Shah Alam.

“Dalam keadaan politik sekarang kita tak boleh jamin sehingga hari penamaan calon tetapi sekarang tiada pengumuman apa-apa.

“Saya sekadar ingin menyatakan terima kasih dan memohon maaf atas kekurangan (daripada dirinya) selama menjadi wakil rakyat di Shah Alam,” katanya memetik laporan sebuah portal semalam.

Khalid memegang kerusi Shah Alam selama dua penggal sejak tahun 2008 selepas menewaskan calon Barisan Nasional, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin di Shah Alam pada PRU-12 lalu.

Dalam pada itu, ada ura-ura Khalid akan diletakkan sebagai calon Pakatan Harapan di Parlimen Johor Bahru dan jika menjadi realiti, ia bakal menjadi medan pertembungan dua beradik memandangkan penyandangnya, Tan Sri Shahrir Samad merupakan abang kandung Khalid.

Tan Sri Shahrir Abdul Samad.

Baru-baru ini, Shahrir mengumumkan dirinya akan mempertahankan Parlimen Johor Bahru atas permintaan pucuk pimpinan dalam PRU-14.

 

Sementara itu, menurut sumber, Pas akan meletakkan pendakwah terkenal, Ustaz Dusuki Abdul Rani sebagai calon Parlimen Shah Alam.

Ahmad Dusuki Abd Rani

Dusuki yang baharu sahaja diberi kebenaran semula memberi ceramah agama di Selangor selepas dihalang sementara itu juga ada hubungan saudara dengan Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.- Malaysiagazette

1 Komen

Comments are closed.