Home Ekonomi CVC mahu beli Munchy Group RM1.1 bilion

CVC mahu beli Munchy Group RM1.1 bilion

KUALA LUMPUR- CVC Capital Partners dikhabarkan akan membeli syarikat snek, Munchy Group yang mengeluarkan biskut di bawah jenama Lexus, Oat Krunch dan Muzic pada harga RM1.1 bilion.

Menurut sumber, CVC ketika ini dikatakan sedang mencari bank-bank yang boleh membiayai pembelian tersebut dalam matawang tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Munchy Group dan adik-beradiknya menguasai 70 peratus kepentingan di dalam syarikat tersebut manakala bakinya dimiliki oleh Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan firma pelaburan alternative, Tremendous Asia Partners (TAP).

Setakat ini masih tiada persetujuan dicapai dan rundingan masih belum menemui arah muktamad.

Menurut Bloomberg, wakil dari CVC dan Munchy enggan memberi sebarang komen manakala KWAP dan TAP juga tidak membalas emel yang telah dihantar kepada mereka.- MalaysiaGazette