Takiyuddin Hassan
Takiyuddin Hassan

KUALA LUMPUR – Pas yakin pengundi luar  Kelantan akan tetap balik pada 9 Mei ini demi menjalankan tanggungjawab masing-masing.

Rakyat di negeri itu, kata  Datuk Takiyuddin Hassan telah dididik untuk berusaha sedaya upaya  membuang undi walaupun menetap di kawasan yang jauh dari Kelantan.

“Sebelum ini, sudah ada tetap rakyat di Kelantan di luar telah diajar sejak bertahun-tahun allahyarham Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kata kalau ada kereta naik kereta kalau tak ada naik motor tak ada motor naik basikal.

“Kalau tak ada apa-apa merangkak balik. Itu motivasi ditanam oleh Tuan Guru Nik Aziz pada rakyat Kelantan,” katanya. 

Terdahulu, Setiausaha Agung Pas itu hari ini mengadakan sidang media di ibu pejabat parti tersebut. 

Walaupun perjalanan balik ke kampung sudah tentu mengambil masa yang lama namun Takiyuddin yakin jumlah yang keluar mengundi tidak akan terjejas.

“Mereka sayangkan negeri mereka akan balik. Jadi tidak jejaskan. Saya yakin,” tambahnya.

Tarikh 9 Mei iaitu hari pembuangan undi telah diwartawakan sebagai cuti umum.-MalaysiaGazette