Home Dunia Puerto Rico bergelap

Puerto Rico bergelap

Sebahagian penduduk di Puerto Rico yang bergelap akibat gangguan bekalan elektrik di seluruh pulau itu. foto Agensi

SAN JUAN – Puerto Rico mengalami gangguan elektrik di seluruh negara selepas tujuh bulan pulau itu dilanda Taufan Maria yang banyak memusnahkan infrastruktur dan grid kuasa.

Prepa, firma yang mengendalikan bekalan elektrik di pulau itu sedang berusaha memulihkan perkhidmatan kepada hampir 3.4 juta orang dalam 24 hingga 36 jam.

Prepa berkata, sebuah mesin penggali yang dikendalikan oleh seorang kontraktor di wilayah selatan pulau itu menjadi punca gangguan elektrik di seluruh pulau tersebut.

Ia adalah gangguan terbesar yang pernah berlaku di Puerto Rico selepas ditimpa bencana alam.

Jurucakap Prepa berkata, pihaknya kini sedang berusaha memulihkan bekalan elektrik di hospital, lapangan terbang San Juan, sistem pengepaman air dan sistem kewangan.

Prepa yang difailkan bankrap sejak Julai lalu sedang berusaha untuk tidak menjadi isu sejak pulau itu dilanda taufan dalam tempoh 90 tahun.

Penduduk pulau itu mengalami beberapa kali gangguan elektrik sejak dilanda kategori empat Taufan Maria dan masih ada 40,000 penduduk tinggal tanpa bekalan itu sebelum gangguan berlaku. – MalaysiaGazette