CALIFORNIA – Seorang maut selepas makan salad romaine yang dijangkiti dengan bakteria E Coli.

Seramai 121 orang sedang dirawat di 25 negeri selepas salad itu dicemari bakteria berkenaan, menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC).

Mangsa meninggal dunia di California.

Jumlah pesakit meningkat sebanyak 23 orang, sekurang-kurangnya di tiga negeri baru Massachusetts, Utah dan Kentucky.

CDC menggesa orang ramai membuang mana-mana salad romaine yang dibeli kecuali mereka pasti bukan dari sekitar Yuma, Arizona. – MalaysiaGazette