Letusan dari Gunung Berapi Kilauea menyebabkan kawasan sekitar terjejas teruk. foto Agensi

HAWAII – Letusan dari gunung berapi Kilauea di Island Big mengalirkan lava sepanjang 30 meter ke bawah telah memusnahkan beberapa kediaman.

Agensi Pertahanan Awam berkata, arahan segera telah dikeluarkan di kawasan sekitar sejak Khamis lalu supaya penduduk berpindah segera.

Ia berkata, terdapat tahap bahaya gas sulfur dioksida berbahaya di udara dan anggota bantuan kecemasan tidak dapat membantu sesiapa yang terjejas.

Aliran lava itu berlaku sehari selepas gunung berapi Kilauea meletus.

Letusan itu juga menyebabkan beberapa gempa bumi dengan 6.9 magnitud berlaku di tenggara kawasan gunung berkenaan, kata geologi Amerika Syarikat (USGS).

USGS berkata, aktiviti gunung berapi yang baru di zon tebing timur Gunung Kilauea mengeluarkan “lava yang kuat”.

Bencana alam itu telah mengubah bentuk tanah berterusan dan terdapat aktiviti gempa bumi yang tinggi di kawasan itu, katanya.

Sementara itu, tahap tasik lava di dalam gunung berapi itu terus menurun. – MalaysiaGazette