Abdul Hadi Awang
Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Pas kekal perintah Kelantan dan berjaya merampas semula Terengganu dalam PRU-14.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Hashim Abdullah membuat pengumuman itu dalam satu sidang media awal pagi Khamis, berdasarkan majoriti mudah kerusi yang dimenangi parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di dua negeri tersebut.

Mohd. Hashim pada sidang media itu mengumumkan Pas menang 18 kerusi DUN di Terengganu sekali gus merampas pentadbiran negeri itu daripada Barisan Nasional (BN).

SPR juga mengumumkan kemenangan Pas di 28 kerusi DUN di Kelantan.-MalaysiaGazette