ATM RM1 cash withdrawal charge fee MEPS bank
Caj pengeluaran RM1 bagi pengeluaran wang tunai antara bank di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) melibatkan beberapa buah bank di negara ini akan kembali berkuatkuasa mulai Februari tahun depan.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Ahli Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) memberi jaminan wang tunai yang mencukupi di kemudahan mesin juruwang automatik (ATM) bagi memenuhi permintaan orang ramai semasa cuti umum khas selama dua hari pada 10 Mei (hari ini) dan 11 Mei (esok).

Persatuan itu dalam satu kenyataan di sini berkata perkhidmatan perbankan penting seperti perbankan telefon dan internet, kemudahan ATM, deposit cek, giro dan pindahan dana segera berdasarkan jadual yang ditetapkan, akan terus disediakan kepada orang ramai.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa telah mengumumkan bahawa 10 Mei (Khamis) dan 11 Mei (Jumaat) diisytiharkan sebagai cuti umum khas.

Bagi negeri-negeri seperti Terengganu, Kelantan, Kedah dan Johor yang cuti hujung minggunya jatuh pada Jumaat dan Sabtu, hari Ahad 13 Mei akan dijadikan sebagai cuti umum tambahan.

 Persatuan itu memiliki 27 ahli terdiri daripada bank perdagangan yang beroperasi di Malaysia ketika ini. – Bernama