Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US pagi ini berikutan pengambilan untung terhadap mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), tetapi mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Pada 9.00 pagi, ringgit disebut pada harga 3.9600/9650 berbanding 3.9540/9580 penutup semalam.

Ia susulan perolehan bon Perbendaharaan AS 10 tahun yang melonjak di atas paras tiga peratus yang mencetuskan rali.

“Sehubungan itu, kita menyaksikan dolar AS mendapat momentum belian,” katanya.

Mantan Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, dilaporkan berkata ringgit dijangka mencatat prestasi lebih baik sejurus keyakinan pelabur pulih.

Ringgit mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9456/9506 daripada 2.9578/9617 Selasa dan menokok berbanding yen pada 3.5886/5938 daripada 3.5972/6081.

Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.3460/3531 daripada 5.3565/3635 dan mengukuh berbanding euro pada 4.6831/6906 daripada 4.7155/7211. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast