Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli. foto HAZROL ZAINAL, 16 MEI 2018.

PETALING JAYA – Rafizi Ramli menggesa supaya pembangkang, Barisan Nasional (BN) memainkan peranan dengan baik dalam menegur kerajaan Pakatan Harapan (PH) demi memastikan urus tadbir yang telus dan baik.

Naib Presiden PKR berkata walaupun PH sudah menjadi kerajaan tidak bermakna mereka perlu membenci pembangkang dan pembangkang juga perlu bersama-sama dengan kerajaan untuk mengangkat memperjuangkan kebajikan rakyat.

“PH kena ingat kita perlu sayang kepada pembangkang kerana mereka perlu menjaga kita.

“BN dan Pas  ada tugas besar sebagai pembangkang memastikan hak dan kepentingan rakyat di angkat,” katanya ketika berucap sempena himpunan meraikan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Padang Timur malam ini.

Dalam ucapan sama, Rafizi mengingatkan media supaya berlaku adil memberi liputan kepada pembangkang.

“Saya minta TV3, RTM, Utusan dan semua media supaya berlaku adil kepada BN, PAS, PH untuk rakyat Malaysia.

“Saya minta terakhir sekali supaya sahabat di dalam Pakatan Harapan bahawa setiap sen yang dibelanjalan ialah milik rakyat. Yang meletak dan mengangkat kita ialah rakyat,” katanya lagi.

Hadir sama seluruh pimpinan PH yang dibarisi, PKR, Amanah, DAP dan PPBM. – MalaysiaGazette