KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji membuka operasi pejabat cawangan barunya di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen (MHCC) di Sepang sejak Khamis lalu.

Pembukaan cawangan itu bagi memberi kemudahan kepada pendeposit di daerah Sepang dan kawasan sekitarnya.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah urusan pembukaan akaun, simpaman dan pengeluaran, mengemas kini akaun, pendaftaran haji dan sebagainya.

Operasi kaunter dibuka mulai 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis.

Manakala 8.30 pagi hingga 12.15 tengah hari sebelum beroperasi semula jam 2.30 petang hingga 4.15 petag. – MalaysiaGazette