Letusan Gunung Kilauea di Hawaii dijangka terus meningkat. foto Agensi

HAWAII – Letusan lava melimpah dan mengalir ke jalan raya di Hawaii menjadikan kepulauan itu sebagai laluan kosong yang terbakar.

Sekurang-kurangnya lapan buah kediaman musnah dalam kejadian bencana alam itu.

Gunung api Kilauea meletus di kawasan perumahan Leilani Estates di Big Island, dengan menjadikan bilangan rumah dan struktur lain yang musnah melonjak kepada 82 buah berbanding 50 buah beberapa hari lalu, menurut David Mace, jurucakap Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan.

Tanah seluas 15,000 ekar (6,070 hektar) separuh saiz resort Disney World Florida telah terjejas akibat aliran lava sejak 3 Mei lalu – merupakan letusan Gunung Kilauea yang paling dahsyat lebih daripada satu abad, menurut polis Hawaii.

Geologis dari Pusat Geologikal Amerika Syarikat, Wendy Stovall berkata, letusan lava meningkat menyebabkan jumlah aliran bertambah. – MalaysiaGazette