Kematian mangsa berkaitan penyakit dialaminya seperti jantung, kencing manis dan masalah paru-paru.
Kematian mangsa berkaitan penyakit dialaminya seperti jantung, kencing manis dan masalah paru-paru.
KUALA LUMPUR – Suami kepada pelakon drama ditahan polis hari ini bagi membantu siasatan kes penipuan pelaburan forex (GWGFX) dan Bitcoin Bitkingdom membabitkan kerugian RM13.9 juta.

Sumber polis berkata lelaki itu ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara di Menara 238, Jalan Tun Razak di sini kira-kira 12 tengah hari tadi.

“Tempoh tahanan reman terhadap lelaki itu akan dibuat esok,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Lelaki yang bergelar Datuk itu merupakan suami kepada pelakon wanita berusia 23 tahun dan mereka dilaporkan baharu mendirikan rumahtangga pada 18 Mac lalu.

Sementara itu, Ketua Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Urusetia Pejabat Ketua Polis Negara Bukit Aman, Datuk Khalil Azlan Chik ketika dihubungi Bernama mengesahkan mengenai tangkapan berkenaan.-BERNAMA