Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kira-kira 1.6 juta penjawat awam dijangka menerima bonus sebanyak RM500 sebagai bayaran khas Aidilfitri 2018 pada 7 Jun ini.

Penetapan bayaran itu akan dibuat kepada pegawai lantikan tetap, sementara dan kontrak perkhidmatan.

Tetapi, pekerja sambilan harian pula akan menerima bonus pada 8 Jun ini.

Difahamkan notis makluman mengenai bayaran khas itu telah diedarkan kepada beberapa kementerian dan jabatan kerajaan pada 24 Mei lalu.

Peruntukan mengenai bayaran khas Aidilfitri itu pernah terkandung dalam Bajet 2018.

Jika mengikut peruntukan itu, bayaran berkenaan turut diagihkan sebanyak RM250 kepada pesara-pesara kerajaan.

Baru-baru ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan kerajaan akan mengagihkan bonus Hari Raya kepada semua penjawat awam, cuma jumlahnya belum diketahui.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pula berkata, pengumuman mengenai bayaran bonus itu akan diumumkan pada hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast