Real Madrid memburu Jurgen Klopp untuk menerajui kelab itu yang ditinggalkan oleh bekas pengurusnya Zinedine Zidane semalam.

SEPANYOL – Kejutan yang diberikan Zinedine Zidane berundur sebagai Pengurus Kelab Real Madrid semalam belum hilang sepenuhnya dari minda penyokong dan peminat bola sepak dunia.

Perkembangan terbaharu di Sepanyol mengaitkan calon yang bakal mengisi kekosongannya satu lagi spekulasi yang menyebabkan peminat tidak tenteram memikirkan masa depan kelab mereka.

Namun terbaharu satu lagi laporan mengejut di Santiago Bernabeu pula mengatakan Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp bakal dilantik mengisi kerusi panas itu.

Sejurus selepas sidang media tergempar Zidane mengumumkan perletakan jawatannya, bekas Pengurus Arsenal, Arsene Wenger disebut-sebut mengantikannya.

Sebagai menidakkan kesemua spekulasi itu, muncul pula berita yang belum dipastikan kesahihannya daripada portal tabloid Uniteed Kingdom, The Sun.

Akhbar itu mendakwa Presiden Real Madrid, Florentino Perez yakin Pengurus The Kops berusia 50 tahun itu memiliki sifat keperibadian yang diperlukan untuk menerajui juara bertahan Liga Juara-Juara Eropah itu.

Klopp dikatakan mendahului senarai calon pengurus yang dikehendaki Real Madrid.

Tetapi Liverpool dikatakan akan berjuang habis-habis untuk mempertahankan jurulatihnya yang mempunyai kontrak berbaki empat tahun lagi di Anfield.

Jurulatih Spurs, Mauricio Pochettino juga berada dalam radar Perez namun keupayaan luar biasa Klopp yang berjaya membawa Liverpool sehingga ke perlawanan akhir di Kiev Ahad lalu menarik perhatian pemilik dan peminat Real Madrid.

Klopp dikatakan mempunyai bakat yang diwajibkan kelab terbesar dunia seperti Real Madrid.

Malah Klopp turut diyakini tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk menerajui kelab yang menjuarai kejohanan Eropah sebanyak 13 kali itu.

Laporan juga mendakwa Klopp yang menerima pendapatan mingguan $USD 140,000 dijangka menerima jackpot dengan gaji tahunan sebanyak 10 juta jika menerima tahwaran Real Madrib.

Kuasa klopp yang mengubah Liverpool sebagai pasukan menyerang yang digeruni dalam liga EPL juga menjadi satu lagi faktor dia dianggap sebagai calon paling sesuai untuk menghukum pesaing terkuat La Liga Barcelona musim hadapan.- MalaysiaGazette