T. Ananda Krishnan

KUALA LUMPUR – Kaunter saham Astro Malaysia Holdings Bhd melonjak untuk hari kedua selepas T. Ananda Krishnan dikatakan sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih stesen televisyen berbayar itu.

Saham Astro melonjak sebanyak 14 peratus pada hari ini, kenaikan dalam tempoh tiga minggu.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 10 peratus kepada RM1.76 pada 10.03 pagi, menjadikan nilai pasaran syarikat itu sebanyak AS $ 2.3 bilion.

Ananda adalah pemegang saham terbesar Astro, dipercayai kembali berbincang tentang pembelian syarikat itu selepas sahamnya jatuh ke paras terendah baru-baru ini.

Beliau dipercayai telah mendapatkan penasihat berpotensi mengenai pilihan pembiayaan dan menjangkau kepada beberapa pelabur utama untuk mengukur minat mereka, menurut sumber-sumber.

Saham Astro jatuh sebanyak 47 peratus tahun ini pada akhir minggu lalu, prestasi paling terburuk dalam indeks FTSE KLCI Bursa Malaysia.

“Ini adalah langkah oportunis dari Ananda. Dia perlu menawarkan sekurang-kurangnya 25 peratus premium kepada orang ramai untuk mempertimbangkan tawaran pembeliannya,” kata Justin Tang, Ketua Penyelidikan Asia di United First Partners.

Ananda menguasai 40.9 peratus kepentingan dalam Astro setakat 10 April lalu manakala Khazanah Nasional 20 peratus manakala Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 7.8 peratus.

Astro yang menawarkan 189 rangkaian mempunyai sejumlah 5 juta pelanggan.

Bagaimanapun, perbincangan itu masih di peringkat awal dan tidak ada kepastikaan Ananda akan menjadikan ia sebuah syaikat persendirian. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast