GUATEMALA CITY – Pasukan bencana mengosongkan kawasan sekitar gunung berapi Fuego selepas berlaku letusan kedua yang mengalirkan lava ke bahagian selatan.
Letusan kedua itu menyebabkan pasukan keselamatan dan orang ramai yang sedang mengesan mangsa-mangsa yang masih hilang bertempiran lari bagi menyelamatkan diri.
Pencarian itu dilakukan selepas Institut Seismologi Kebangsaan Guatemala menyatakan bahawa tidak akan ada letusan yang berlaku dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Seramai 72 orang maut sejak letusan pertama pada Ahad lalu.
Ramai lagi mangsa dilaporkan hilang.
Pihak berkuasa berkata, lebih 1.7 juta penduduk terjejas dengan bencana alam itu dengan lebih 3,000 orang penduduk sudah ditempatkan di kawasan perlindungan sementara.
Letusan gunung berapi Fuego itu telah menyebabkan beberapa perkampungan terjejas dengan debu dan lumpur lava.
Pakar-pakar bencana gunung berapi membeitahu, letusan awal telah mengakibatkan debu sehingga 10 kilometer ke udara. -MalaysiaGazette
















