Seorang model lelaki memperagakan pakaian kurta klasik moden dari Butik Cindai Mahsuri semasa sesi fotografi di studio Malaysia Gazette, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 05 JUN 2018

KUALA LUMPUR – Biarpun bukan pakai­an tradisi namun baju kurta yang berasal dari India kini mula menjadi pilih­an ramai generasi muda untuk digayakan pada hari lebaran nanti.

Dengan pelbagai corak dan warna yang lebih berani membuatkan kurta dengan sentuhan moden menjadi salah satu trend terkini.

Apatah lagi, generasi muda mula meminati baju kurta sebagai satu kelainan untuk digayakan pada Aidilfitri nanti.

Menyedari kesempatan itu, butik Cindai Mahsuri turut memperkenalkan menampilkan beberapa koleksi baju itu bagi penggemar fesyen dalam kalangan lelaki.

Potongan kurta Cindai masih mengikut bentuk badan yang kini menjadi pilihan golongan muda hari ini.
Potongan kurta Cindai masih mengikut bentuk badan yang kini menjadi pilihan golongan muda hari ini.

Pemiliknya, Datin Aidasuriani Ibrahim yang dibantu adiknya, Azrul Izwan berkata, koleksi kurta dengan jenama Cindai itu sempena Aidilfitri ini dihadirkan dengan menggunakan fabrik jenis kapas yang selesa dipakai.

“Potongan pula masih mengikut bentuk badan yang kini menjadi pilihan golongan muda hari ini terutama kaum Melayu cuma kurta rekaan Cindai Mahsuri tidak terlalu seperti kebiasaan.

“Rekaan kurta ini tidak ditumpukan untuk dipakai pada Hari Raya sebaliknya ia merupakan kurta kasual yang boleh dipakai di mana-mana cara termasuk bekerja pada hari Jumaat,” katanya yang berkunjung ke studio MalaysiaGazette, baru-baru ini.

Pemilik butik Cindai Mahsuri, Datin Aidasuriani Ibrahim bersama adiknya, Azrul Izwan.
Pemilik butik Cindai Mahsuri, Datin Aidasuriani Ibrahim bersama adiknya, Azrul Izwan.

Butik Cindai Mahsuri beroperasi di Jitra, Kedah sejak empat tahun lalu bermula dengan tudung dan shawl sebelum berkembang mengeluarkan baju kurung dan blouse untuk kaum wanita.

Bermula tahun lalu, butik yang diusahakan Aidasuriani bersama adik-beradik sebagai bisnes keluarga menghasilkan kurta dan baju Melayu klasik moden sebelum Ramadan ini.

Mengulas lanjut, wanita berusia berusia 43 tahun itu berkata, kurta rekaannya menampilkan kelainan apabila pembeli mempunyai pilihan untuk memakai kurta tangan panjang atau pendek.

Baju kurta Cindai berkonsep kasual yang boleh di pakai di mana-mana cara termasuk bekerja pada hari Jumaat.
Baju kurta Cindai berkonsep kasual yang boleh di pakai di mana-mana cara termasuk bekerja pada hari Jumaat.

Malah jelas beliau, kurta itu boleh diinovasikan apabila boleh dipakai di luar bersama jaket atau blazer untuk menghadiri acara rasmi atau mesyuarat penting.

Katanya, kurta Cindai itu lebih menampilkan gaya kasual yang selesa dikenakan bersama seluar jeans untuk pelbagai acara.

“Kami hanya mengeluarkan 1,000 helai kurta sahaja untuk Aidilfitrri dan sambutan amat mengejutkan apabila hampir habis dijual pertengahan Ramadan lalu.

Kurta rekaan Cindai Mahsuri menampilkan kelainan apabila pembeli mempunyai pilihan untuk memakai kurta tangan panjang atau pendek.
Kurta rekaan Cindai Mahsuri menampilkan kelainan apabila pembeli mempunyai pilihan untuk memakai kurta tangan panjang atau pendek.

“Kami tidak mampu menampung bekalan baru kerana kesuntukan masa selain ingin menjaga kualiti kurta itu yang dikelaskan edisi terhad,” katanya sambil memberitahu butiknya memiliki tukang jahit sendiri.

Sementara itu kurta Cindai yang menawarkan pilihan lima warna itu disediakan bermula saiz S hingga XXL dijual pada harga RM89.

Bagi mereka yang berminat, boleh layari akaun Instagram Cindai Mahsuri, Facebook Cindai Mahsuri atau laman web www.cindai.my. – MalaysiaGazette