SINGAPURA – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini berikutan aktiviti penggerudian minyak Amerika Syarikat melonjak ke paras tertinggi sejak Mac 2015, selain kenaikan pengeluaran di Rusia juga memberi kesan kepada pasaran.

Penganalisis menjangkakan peningkatan pengeluaran minyak di Amerika Syarikat selepas OPEC bercadang untuk menarik kawalan yang diwujudkan sejak tahun 2017 pada separuh pertama tahun ini untuk meningkatkan jumlah bahan bakar itu.

Niaga hadapan minyak Brent didagangkan kepada AS$76.37 setong pada 010 GMT, susut 9 peratus berbanding harga penutup.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun AS$0.12 sen atau 0.2 peratus kepada AS$65.62 setong.

Harga terjejas oleh kenaikan jumlah penggerudian bagi pengeluaran minyak baru di Amerika Syarikat, sehingga mencapai paras tertinggi sejak Mac 2015 kepada 862, menurut firma perkhidmatan tenaga, Baker Hughes pada hari Jumaat.

Ini menunjukkan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat telah mencapai rekod tertinggi sebanyak 10.8 juta tong sehari dan akan terus meningkat lagi.

“Bekalan bukan OPEC dijangka meningkat dengan ketara pada tahun 2019, di dorong dengan pertumbuhan syal, seiring dengan Rusia, Brazil, Kanada dan Kazakhstan,” kata bank AS JPMorgan dalam tinjauan suku tahunannya yang diterbitkan pada hari Jumaat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast