Tan Sri Ali Hamsa (kiri) menyerahkan surat pelantikan jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan kepada Datuk Seri Ismail Bakar.
Tan Sri Ali Hamsa (kiri) menyerahkan surat pelantikan jawatan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan kepada Datuk Seri Ismail Bakar.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ismail Bakar dilantik sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan mulai hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa berkata, beliau yakin Ismail mampu meneruskan visi Kementerian Kewangan dengan pengalaman yang dimilikinya.

“Saya percaya dengan pengetahuan, pengalaman dan kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk Seri Dr ismail Bakar akan membolehkan beliau melaksanakan tanggungjawab ini dengan berkesan dan mampu meneruskan visi Kementerian Kewangan sebagai peneraju strategik keberhasilan kewangan dan ekonomi bagi memastikan pertumbuhan mampan demi kemakmuran rakyat dan negara,” katanya dalam kenyataan.

Beliau menyatakan demikian pada majlis penyerahan surat pelantikan oleh Ali Hamsa kepada Ismail sebagai Ketua Setiausaha Perbendaharaan nagi menggantikan Tan Sri Irwan Serigar Abdullah.

Ismail pernah menjadi penasihat kanan di ibu pejabat Bank Dunia di Washington dan pengarah belanjawan di Pejabat Belanjawan Negara, Kementerian Kewangan sebelum dipindahkan ke Kementerian Pengangkutan sebagai Ketua Setiausaha pada November 2014.

Beliau berkelulusan Ijazah Kedoktoran dalam bidang ekonomi dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Hull, United Kingdom, selain memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari Universiti Malaya. – MalaysiaGazette