F1 akan mengkaji semula peraturan perlumbaan
Winnie Harlow model wanita F1 menjadi mangsa kritikan netizens ekoran kesilapannya melambai bendera perlumbaan sebelum tamat pusingan akhir dalam litar GP Canada Ahad lalu.

KANADA – Presiden Formula Satu (F1), Ross Brawn meminta maaf kepada model Winnie Harlow sambil menegaskan wanita itu ‘tak bersalah’ dalam insiden kontroversi Grand Prix Canada pada Ahad lalu.

Harlow kawan kepada pelumba Mercedes, Lewis Hamilton, melambai bendera lebih awal dengan masih berbaki satu lagi pusingan di Montreal.

Pengarah Perlumbaan FIA Charlie Whiting pula menegaskan, ia satu kesilapan ekoran daripada salah komunikasi.

Kata Brawn:”Harlow tidak bersalah dan dia menjadi mangsa keadaan di penghujung perlumbaan.

“Dia diminta untuk melambai bendera tetapi tetapi diminta berbuat demikian selepas 69 daripada 70 pusingan perlumbaan tamat,” katanya.

Badan Pentadbiran FIA, berkata ia akan meneliti semula peraturan perlumbaan selepas kesilapan itu yang langsung tidak menjejaskan keputusan perlumbaan itu.

Namun Brawn tidak gembira dengan kritikan yang diterima wanita itu dalam media sosial selepas perlumbaan itu.

“Saya sangat sedih melihat dia dikritik teruk oleh netizen. Seperti pengarah perlumbaan Charlie jelaskan awal lagi, ia hanya satu salah faham kecil.

“Winnie hanya mengikut arahan yang diterimanya dan mahu meminta maaf atas kesilapan itu dan kami berterima kasih atau sokongannya kepada Formula 1,” tegasnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast